CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »


Welcome to my blog…1st of all TQVM coz sudi menjenguk ke blog saya yang tidak seberapa ini & menjadi follower saya…..siapa saya…..???? saya bukan siapa-siapa....hehehe……just a simple & ordinary person, saya suka share something yang mengembirakan & suka buat orang di sekeliling saya gembira yang juga boleh membuatkan saya gembira secara tidak langsung...hehehe....Seorang student Komunikasi Kewartawanan USM. Physically, kecik sahaja orangnya….tapi kecik bukan sembarang kecik ek….ini kecik-kecik CHILI PADI tau….hehehe.... Pure sabahan girl & come from east of Sabah .:LAHAD DATU:....hehehe.... Bakal menjadi seorang wartawan & bercita-cita untuk berkhidmat di negeri kelahiran supaya saya boleh menyumbangkan sesuatu yang berguna kepada masyarakat...wahhhh...INSYAALLAH....AMIN…. ~~~

Sunday, October 17, 2010

HADIAH TERBAIK DAN TERBURUK

Seorang ibu yang dermawan telah menghadiahkan seekor kambing kepada Loqman al-Hakim seraya berpesan: “Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan.” Setelah disembelih, dikirimkan kepada ibu tersebut hati dan lidah kambing itu.
Beberapa hari kemudian, ibu itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing dan berpesan agar sesudah disembelih dikirimkan juga kepadanya sebahagian daripadanya. Pada kali yang kedua ini, bukan lagi bahagian yang terburuk yang dipesankannya, tetapi dimintanya bahagian yang terbaik daripada kambing itu.
Setelah kambing disembelih, Loqman mengirim hati dan lidah juga kepada ibu yang dermawan itu. “Kenapakah tuan mengirimkan kepada saya hati dan lidah ketika saya meminta bahagian yang terburuk, dan kenapakah yang itu juga dikirimkan ketika saya memesankan bahagian yang terbaik daripadanya?” tanya ibu tersebut kepada Loqman. Loqman menjawab: “ hati dan lidah
Mendengar jawapan itu, mengertilah ibu itu akan maksud Loqman, kerana hati dan lidah itu adalah pokok segala kebaikan; begitu juga sebaliknya dari hati dan lidah itu terbit segala kejahatan dan keburukan.

No comments:

Post a Comment